February 01, 2012

Ukhuwwah <3

Ukhuwwah itu terlalu indah diungkap , terlalu manis bila di hiasi dengan ikhlas dan juga ikhsan.

“Seorang muslim adalah saudara dengan muslim lainnya, tidak boleh menzaliminya, tidak membiarkannya, tidak merendahkannya dan tidak menghinakannya” . (Muttafaq alaih).

Islam sangatlah menitikberatkan hubungan baik sesama Islam , malahan juga dengan bukan Islam , haiwan dan juga tumbuhan. Oleh itu, terdapat beberapa perkara yang perlu kita jaga agar hubungan baik yang telah terbina, tidak musnah begitu sahaja.

Kita juga disarankan agar sentiasa mendoakan kebaikan kepada saudara seislam kita , ziarah bila sakit dan hiburkan dikala duka. Perkara-perkara sebegini seringkali kita terlepas pandang dek kesibukan aktiviti seharian kita.

Hasil dari menjaga ukhuwwah itu , dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama muslim. Sikap saling berburuk sangka perlu dihindari , ini kerana apabila kita berbaik sangka , tiada hati yang sakit dan tiada dosa yang terpalit. Paling penting sekali, dapat melahirkan masyarakat Islam yang maju dan progresif , insyaALLAH :)

 

P1010398

P/S : ana sayang korang , antum , kome dan awak ^^ lillahi ta'ala

Rujukan : Buku Rujukan Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4 & 5

1 comment:

-s.m.i.l.e- (",) said...

bong & faiz..
nampak sangat muka tu
LAKONAN2x hehehe.. ^^