July 22, 2012

Ramadhan Kareem

apabila mulanya berkumandang iklan Yusuf Taiyoob di corong radio dan peti televisyen , itu menandakan Ramadhan semakin hampir.

April 19, 2012

Saya rindu Bintulu

Bangun pagi , gosok gigi tak mandi

pergi kelas sambil berlari

tunggu seorang itu tak siap-siap lagi

kena cepat elak pintu kena kunci.

 

Balik kelas sudah tengahari

singgah ‘foodcourt’ beli itu ini,

beli punya beli duit tak ambil lagi

sampai mesin ATM kena beratur lagi.

 

Waktu petang waktu tidur

hanya untuk yang tiada kelas

dulu aku banyak main banyak tidur

tak pasal2 ulang subjek dan juga kelas

 

*bersambung*

February 25, 2012

UNIC - Kawan

Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan di hadapan oh indahnya
Kita bersama berkelana


Namun kita jauh
Di dunia sendiri
Bekalan sendiri (semangat sendiri)
Impian sendiri
Meski pun jauh namun
Kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit
Yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini bagaikan awan
Yang tidak selalu putih

Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Takkan terus berkelana
Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya
Menjadi perhiasan di dinding

Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya
Menjadi perhiasan dimeja tulis

Oh kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta

February 05, 2012

DKHP Farewell Party

tunjuk

DSC_0472

DKHP Farewell Party 2012

Date : 04 February 2012

Venue : BK 2 & BK 3

Theme : Retro Classic

February 03, 2012

Selamat Hari Jumaat

Aku jarang menceritakan perihal diri sendiri di blog. Kerana bagi ku , blog ini bukanlah diari peribadi yang mudah-mudah ditatapkan kepada umum. Tetapi aku telah mencemar duli juga dengan mengisahkan sedikit perihalku untuk dijadikan pedoman dan tauladan untuk diri ku sendiri.

Semuanya bermula dengan harapan ibu ku yang mahukan segala yang terbaik untuk anaknya. Ibu ku menaruhkan harapan yang tinggi agar aku tetap melanjutkan pengajian selepas Diploma sedangkan aku terasa mahu bekerja dan mahu mendirikan rumahtangga sepertimana cadangan Faiz Ismail ( bukan nama sebenar ) .

 degree

Untuk menjaga hati ibu ku dan hasrat si ‘dia’ , aku hantar jua permohonan untuk melanjut pengajian, dapat atau tidak , itu adalah rezeki yang masih rahsia di dalam simpanannya.

Cukuplah sekali aku hampakan mereka , cukuplah sekali aku titiskan airmata mereka , cukuplah sekali aku derhaka padanya.

Mak , Muizz sentiasa sayang mak tanpa bersyarat <3

P/S : ditulis ketika menunggu jiran untuk ke Masjid bagi menunaikan solat Jumaat

February 01, 2012

Ukhuwwah <3

Ukhuwwah itu terlalu indah diungkap , terlalu manis bila di hiasi dengan ikhlas dan juga ikhsan.

“Seorang muslim adalah saudara dengan muslim lainnya, tidak boleh menzaliminya, tidak membiarkannya, tidak merendahkannya dan tidak menghinakannya” . (Muttafaq alaih).

Islam sangatlah menitikberatkan hubungan baik sesama Islam , malahan juga dengan bukan Islam , haiwan dan juga tumbuhan. Oleh itu, terdapat beberapa perkara yang perlu kita jaga agar hubungan baik yang telah terbina, tidak musnah begitu sahaja.

Kita juga disarankan agar sentiasa mendoakan kebaikan kepada saudara seislam kita , ziarah bila sakit dan hiburkan dikala duka. Perkara-perkara sebegini seringkali kita terlepas pandang dek kesibukan aktiviti seharian kita.

Hasil dari menjaga ukhuwwah itu , dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama muslim. Sikap saling berburuk sangka perlu dihindari , ini kerana apabila kita berbaik sangka , tiada hati yang sakit dan tiada dosa yang terpalit. Paling penting sekali, dapat melahirkan masyarakat Islam yang maju dan progresif , insyaALLAH :)

 

P1010398

P/S : ana sayang korang , antum , kome dan awak ^^ lillahi ta'ala

Rujukan : Buku Rujukan Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4 & 5

December 03, 2011

Sarawak ICT Expo 2011 - Bintulu

 

Sarawak ICT Expo 2011 sudah menjadi acara tahunan di Sarawak bagi mengumpulkan penjual, pengedar, agen dan pembekal produk komputer, IT , serta telekomunikasi dibawah satu bumbung. Pada tahun ini , pihak penganjur iaitu CSSA ( Computer Sales & Services Association Sarawak telah memilih tarikh 2 – 4 Disember untuk penganjuran di Bintulu yang bertempat di Dewan Suarah

DSC_9980

Pameran bermula dari jam 11.00 pagi – 9.00 malam itu menampilkan pelbagai booth dari kebanyakkan kedai & premis komputer sekitar Bintulu . Tiada harapan tinggi disandarkan kerana ia memang sudah dijangka. Tak banyak pun booth yang ada, banyak yang sama saja. Laptop ASUS , Kamera , Broadband , kedai Boulevard .

 

DSC_9982

 

Selepas itu aku bersama Eqbal menuju ke Famous Mama Cafe kerana sudah kebuluran. Ye laaa, orang bujangkan, mana ada sarap-sarap.

DSC_9989 Nasi + Rendang Ayam + Sayur Tauge + Bergedil + Teh O Ais = RM 8.60

 

Gelagat Abang Eqbal kita ~

DSC_9983 tiba-tiba terjumpa booth menjual speaker

5 minit kemudian . . . . .

DSC_9986 

DEAL !

P/S : sebelum terlambat , Welcome my new baby, XPE*** :D