February 03, 2012

Selamat Hari Jumaat

Aku jarang menceritakan perihal diri sendiri di blog. Kerana bagi ku , blog ini bukanlah diari peribadi yang mudah-mudah ditatapkan kepada umum. Tetapi aku telah mencemar duli juga dengan mengisahkan sedikit perihalku untuk dijadikan pedoman dan tauladan untuk diri ku sendiri.

Semuanya bermula dengan harapan ibu ku yang mahukan segala yang terbaik untuk anaknya. Ibu ku menaruhkan harapan yang tinggi agar aku tetap melanjutkan pengajian selepas Diploma sedangkan aku terasa mahu bekerja dan mahu mendirikan rumahtangga sepertimana cadangan Faiz Ismail ( bukan nama sebenar ) .

 degree

Untuk menjaga hati ibu ku dan hasrat si ‘dia’ , aku hantar jua permohonan untuk melanjut pengajian, dapat atau tidak , itu adalah rezeki yang masih rahsia di dalam simpanannya.

Cukuplah sekali aku hampakan mereka , cukuplah sekali aku titiskan airmata mereka , cukuplah sekali aku derhaka padanya.

Mak , Muizz sentiasa sayang mak tanpa bersyarat <3

P/S : ditulis ketika menunggu jiran untuk ke Masjid bagi menunaikan solat Jumaat

No comments: