March 30, 2011

Katakan TIDAK pada April Fool

Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar ? Kaifa haluka ?

Hari ini 30 Mac 2011 , dua hari lagi menuju ke bulan April . Apa yang terlintas difikiran apabila tiba tarikh 1 April ?

APRIL FOOL kan ?

Baiklah , sedikit kupasan mengenai sambutan April Fool , merujuk kepada Wikipedia , April Fool disambut pada 1 April di negara-negara Barat .

Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiapa sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool.

Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah. april_fool_top

Terdapat beberapa sumber mengaitkan asal-usul sambutan April Fool bersempena dengan kejatuhan Empayar Islam di Sepanyol pada 1487 Masihi bersamaan 892 Hijriah. Empayar Islam Sepanyol telah mengharungi zaman kegemilangannya hampir selama 6 abad , tetapi berjaya dimusnahkan hasil usaha gigih para tentera salib yang penuh dengan taktik penipuan.

 

Dr. Yusof al-Qaradawi sendiri ada mengeluarkan fatwa berkaitan sambutan April Fool

Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradawi

Dr. Yusuf al-Qaradawi hafizahullah menyebutkan:

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda:

Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia.

Baginda sallallahu alaihi wassalam bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]


Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda:

“Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani].

Sebahagian hadis Nabi sallallahu alaihi wassalam turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]


Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentukpun. Sambutan ini (hari April Fool) adalah dilarang kerana empat sebab:

  1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
  2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
  3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
  4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

april_fools_day

Pandangan penulis : Sambutan April Fool tidak boleh, tidak wajar disambut dengan bermacam jenis helah penipuan kerana ianya jelas bercanggah dengan ajaran Islam. Menipu , khianat dan lain-lain merupakan budaya buruk yang tidak wajar dijadikan ikutan.

Katakan TIDAK pada April Fool

Wallahua’lam

Sumber rujukan :

  1. http://www.mykhilafah.com/artikel/2070-april-fool-hari-umat-islam-dibunuh
  2.  http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/38/430-april-fool--great-prohibition-in-islam.html

No comments: