Salam. Korang semua calon SPM 2009 mesti sedang berdebar-debar menunggu keputusan SPM 2009. Jangan risau, keputusan akan keluar juga. Anda tarikh – tarikh yang pernah aku dengar adalah antara 10 atau 11 Mac 2010, tetapi semua ni bergantung kepada Kementerian juga la.
Aku ingat lagi masa aku ambil SPM dulu, tahun 2008, baru 2 tahun lepas. Di sebuah sekolah di bandar yang terletak di pedalaman, tetapi aku hanya mengambil beberapa kertas sahaja di sekolah, selebihnya di tempat yang ‘istimewa’. Itu semua asam garam hidup, apa yang kita buat, itu juga yang kita dapat.
So, aku harap semua calon SPM dapat keputusan yang cemerlang dan berbaloi dengan apa yang anda jawab ketika peperiksaan. Jika SPM anda kurang memberansangkan, ada lagi jalan lain dan ini bukanlah noktah terakhir bagi anda.
Tingkatan 6 (STPM) , Diploma , Matrikulasi , dan Asasi adalah antara langkah yang korang akan tempuhi selepas ini. Pilihlah yang terbaik, OK!.
P/S : Good Luck untuk Calon SPM SMK Agama Bandar Penawar & SMK Seri Aman, aku tahu korang boleh buat yang terbaik, masa PMR korang boleh, kenapa tidak masa SPM?
No comments:
Post a Comment