P/S : maaf , update tak habis. to be continued~
November 17, 2011
September 28, 2011
Kaya Harta dan Kaya Ilmu
Hadith :
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.”
(al-Bukhari)
Keterangan :
Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya?
Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang.
Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: “Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya.” Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya.
Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Pentingnya ‘Islamic Education’
Pada suatu petang yang damai , Ahmad pergi ke bilik air untuk berwuduk kerana telah masuk waktu asar. Bilik air terletak di tepi dapur , maka untuk ke bilik air perlu melalui dapur. Mak Cik Gayah ( bukan nama sebenar ) dan Pak Cik Karim ( bukan nama sebenar ) sedang menikmati kopi di meja dapur.
Selepas selesai berwuduk , Ahmad singgah sebentar di dapur untuk minum air.
Mak Cik Gayah : Eh Ahmad , dah amik wuduk kenapa minum air ? batal wuduk tuh.
Ahmad : errr. errr.
Tanpa sempat Ahmad berbicara lagi.
Pak Cik Karim : kalau minum air tak batal wuduk , makan baru batal.
Ahmad : balik awal ~
P/S : di sini kita boleh dapat lihat bahawa betapa penting ‘ Islamic Education ‘ bukan sahaja English Education. Ilmu Fardhu Ain adalah ilmu paling basic yang WAJIB ada dalam setiap individu muslim. Sekadar mengingati diri sendiri yang kerap lupa dan teman-teman lain. ^^
P/S/S : berdasarkan kisah benar. nama watak sebenar dirahsiakan untuk menjaga aib
*sekadar gambar hiasan
September 26, 2011
Pingomatic got Blocked ?
Aku sendiri tak faham, kenapa UPM suka block website yang tak bersalah ?
Contoh : pingomatic.com , sebuah website untuk ‘ping’ blog yang famous di kalangan blogger.
Ada sesiapa yang sudi beri penjelasan ?
Makan ohh Makan
Jamuan Hari Raya KES-PH (Kelab Sains Perikanan & Haiwan)
Assalamualaikum . Apa khabar sahabat-sahabat sekalian ?
Agak terlewat juga rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , mohon maaf zahir dan batin dari hujung songkok hingga ke hujung sandal.
Bagaimana dengan sambutan Aidilfitri anda ?
Pastinya dipenuhi dengan acara makan , makan , makan dan makan lagi.
Baiklah , apa-apa pun jagalah pemakanan anda. Jangan kerana Aidilfitri ini, anda makan banyak-banyak lepas tu gi hentam tido. Tak sihat itu. Jangan lupa riadah , kalau nak buat rehlah pun boleh.
Salam Aidilfitri 1432 Hijrah ^^
Credit : Adnin Adawiyah
April 18, 2011
Bittaufiq Wannajah Fil Imtihan
Bittaufiq wannajah fil imtihan !
Kepada sahabat-sahabat yang akan menduduki Peperiksaan Akhir, Selamat Maju Jaya diucapkan.
Sahabat-sahabat UPM Kampus Bintulu , Kelab Putra Al-Ukhuwwah (KEPUTRA) , DKHP 04 , SMK Seri Aman 04-08 , SMK Agama Bandar Penawar 04-08 dan lain-lain. Fighting3x
April 08, 2011
Mencari Barangan Hilang – Botol Air di uSPOT@UPMKB
Botol Air Adidas telah dipercayai hilang di Bilik Kuliah 5 . Setakat ini, tiada lagi suspek yang ditahan untuk siasatan lanjut.
P/S : terbaik lah, botol air hilang pun boleh post kat uspot gateway. So , siswa-siswi sekalian , manfaatkan sebaiknya :D